Selasa, 26 Oktober 2010

Salahkah Berambut Panjang? Sunnah atau Sekadar Ikutan?


LELAKI berambut panjang…! Dewasa ini sudah ramai lelaki yang berambut panjang, termasuklah penulis… hehe Malah ada sesetengah pihak mendakwa lelaki berambut panjang menampilkan imej mengagumkan, malah mempunyai nilai dan gaya tersendiri yang mudah menjadi perhatian umum.

Dari sudut adat pula, golongan yang berambut panjang selalunya dipandang sinis, sering dianggap tidak berdisiplin dan banyak kes dikaitkan dengan tabiat kurang baik, walaupun bukan semua mereka begitu. Jangan ingat semua orang yang berambut panjang itu jahat dan tidak berdisiplin. Hal ini berbeza dengan imej berambut pendek, yang kelihatan kemas, bersih dan berdisiplin (atau kadang-kadang dilihat seperti skema ataupun mat bunga), walaupun sesetengahnya tidaklah sedemikian, bahkan mereka yang berambut pendek kadangkala berperangai lebih teruk (betul ke?, tiada unsur bersikap liberal disini).

Tetapi salahkah lelaki Islam merangkap mahasiswa Islam menyimpan rambut dan membiarkannya panjang? Tidakkah Nabi Muhammad S.A.W. yang menjadi ikutan umat Islam juga mempunyai rambut panjang dan bukankah ia suatu sunnah, mengikuti jejak langkah kehidupan baginda?. Bahkan ramai remaja dewasa ini yang berambut panjang, khususnya di kalangan mahasiswa Islam itu sendiri.

Kalau di bangku sekolah dahulu setiap minggu diadakan spot-check rambut, takkan di kerusi (kerusi sebabnya tidak banyak bangku disini) universiti pun perlu seperti di sekolah dahulu (macam janggal je…). Memanglah dari segi adatnya seseorang itu sewajarnya mengikut pertimbangan adat umum satu-satu masyarakat.

Bukan hajat penulis disini ingin ajak kepada berhujah, akan tetapi hati terasa agak bahang dengan teguran oleh seorang staff beberapa hari yang lalu.

“De… Dalam banyak-banyak budak apsal aku jugak yang ko nampak? Takkan sebab gua budak pengajian Islam je… Budak len lagi panjang dari rambut gua, budak perempuan bertudung jarang dan singkat malah konsert di sana-sini tidak pula dipandang berat. Malah dipandang dengan sebelah mata. Inikah yang dikatakan Universiti Islam?... Tepuk Tanya la Perut kalu dah akal tidak boleh berfikir lagi…”. Iqra’…

Sabtu, 23 Oktober 2010

Apakah Netbook?

Assalamu'alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera semua sekali. Baiklah untuk entry petang nie, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Netbook. Tahukah anda apakah itu Netbook? Yang pastinya ia bukan coklat, gula-gula atau biskut mahupun air kotak... Akan tetapi Netbook ialah... Err... Apa eh? Kenalah baca sampai habis entry nie dulu k... Oklah, fokus dan fokus...

Kebanyakan mereka yang selalu mengikuti perkembangan komputer mungkin tidak asing lagi dengan perkataan "Netbook". Apakah sebenarnya Netbook? Secara  fizikalnya Netbook boleh dilihat berlainan jika dibandingkan dengan laptop biasa dengan ketiadaan CD/DVD drive serta kecil, ringan. dan mudah dibawa kemana-mana. Tahap kecil Netbook adalah bersaiz B5 (Kertas A4 dibahagi 2), iaitu mempunyai skrin 9, 10 ataupun 11 inci dan dalam lingkungan 1kg sahaja. Pada masa penulisan ini, Oktober 2009, ianya berharga dalam lingkungan RM1,000 hingga RM1,500. Ia adalah satu nilai yang tidak mahal jika dibandingkan dengan laptop. Tapi sekarang ini, mungkin harganya jauh lebih murah dari pasaran dahulu.

Jumaat, 22 Oktober 2010

Jauhi Z.I.N.A

Salam 'Alaik, Selamat Berhujung Minggu kepada semua rakan-rakan yang dihormati dan disayangi. Dikesempatan ini penulis ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita. Semoga ukhwah yang kita bina dengan kalimah Bismillah diakhiri dengan Innalillah. Sebenarnya penulis baru sahaja balik dari Kem beberapa hari lepas, kemudiannya menyertai diskusi bersama mahasiswa/i dari Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada khamis lalu. Sekarang pula dengan Program Kenali Personaliti Diri yang dianjurkan oleh Ko-Kurikulum Rakan Kaunselor bagi projek terakhir semester ini. 

Baiklah, tanpa membuang masa penulis ingin berkongsi dengan anda semua pada post kali ini berkaitan Jenayah Zina ini. Teringat semasa kem pada beberapa hari lepas, kumpulan penulis telah diberikan tugas bagi menjalakan satu aktiviti yang berbentuk forum. Jadi kami dengan sendirinya telah membentuk satu aktiviti forum tersebut dengan tajuk perbincangan "Pembuangan Bayi". Penulis selaku ahli panel yang kedua telah diajukan soalan oleh moderator mengenai persoalan Pembuangan Bayi ini. Antara persoalannya ialah bagaimana boleh berlakunya zina dan sebagainya.

Ahad, 17 Oktober 2010

Jana Pendapatan Lumayan Dengan Bisnes T-Shirt

Tahun 2010 adalah tahun untuk orang tidak menumpukan bisnes jualan ebook, affiliate dan adsense semata-semata. Tahun ini adalah tahun untuk mencuba satu bisnes baru iaitu bisnes yang mempunyai potensi yang besar dan sentiasa mendapat sambutan. Ianya ialah bisnes t-shirt printing.

Kenapa anda juga perlu memulakan bisnes t-shirt printing ini?

1) Ramai lagi yang masih tidak sedar akan peluang bisnes t-shirt printing ini. (Kurang saingan).
2) Tidak perlu simpan stok dan tidak perlu beli mesin cetak baju.
3) Boleh dilakukan secara part time dan senang nak uruskan.
4) Bisnes ini tidak akan tepu kerana sentiasa mempunyai permintaan tidak mengira musim.
5) Senang dapat untung.. dan yang penting, bisnes ni memang takkan rugi…

Peluang besar ini telah dibongkarkan oleh saudara Hafizi Zain, seorang usahawan t-shirt yang sudah berpengalaman lebih setahun dalam menjalankan bisnes ini dan mampu mendapat mendapat hasil jualan sehingga 6 angka...walaupun secara part time sahaja.

Pssttt: Ambillah peluang keemasan ini sebelum harga ebook dinaikkan lagi selepas ini.

Nak tahu lebih lanjut, anda boleh layari web jualan ini:-

> Klik Sini! <
 
NOTA PENTING:
Untuk mengelakkan saingan, peluang untuk mendapatkan ebook ini akan ditutup setelah target 1,000 jualan telah tercapai (untuk elakkan saingan)

Sekali lagi saya bagi link untuk anda:-
 
> Klik Sini! <


Yang benar,

Thoriq Abu Aswad

Sabtu, 16 Oktober 2010

SENARAI RESTORAN TERKENAL YANG DISAHKAN HALAL & DITARIK BALIK SIJIL HALAL OLEH JAKIM

Salam 'Alaik, saya ada dapat satu emel dan rasa perlu dikongsikan dengan anda semua.

Bismillahirrahmanirrahim.....

Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan:-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM:

McDonald
A&W
Secret Recipe


2. Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal:

Victoria Station
Kam Lun Ta
Lotus Family Restoran



Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM:

San Francisco Steakhouse
Chicken Rice Shop
Kiwi Express

1. Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada:
  1. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
  2. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
  3. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
  4. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
  5. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.
Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak?. Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja.

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan, Bong Sen (Vietnamese), Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.

Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS (JabatanAgama Islam Selangor), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King, maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.

Wallahu'alam...

Sumber: WanWMA/Facebook



Surat Khabar Lama...! Old News Paper...! Pia Per Lia Me...!

Biasa dengar tak, van jerit-jerit macam tu kat kediaman anda?

Ye, saya biasa dengar. Masa kecil-kecil dulu, selalu juga lah jual surat khabar lama. Dapatlah beli Tamiya (lopek punya). Selain van surat khabar lama, ada juga van beli barang-barang terpakai.

Jual barang-barang terpakai ni, lagi menguntungkan. Macam-macam dia ambil. Dari basikal buruk, hingga ke kereta buruk.

Tapi tu dulu lah, sebelum saya dengar Panduan Buat Duit Dengan Mudah.my oleh saudara Raja Kamil (www.rajakamil.biz).

Sekarang ni, semua barang terpakai (baca: tak pakai), saya jual dekat mudah.my

Lagi menguntungkan. Bayangkan, sebuah motor yang hanya dibayar RM50 sahaja, jika dijual di kedai besi buruk, saudara Raja Kamil dapat jualnya pada RM13,000 (baca: banyaknya).

Mungkin tak besar jika itulah pendapatan yang anda boleh capai dalam sebulan, tetapi bagaimana pula jika RM13,000 itu diperolehi dalam 2 hari sahaja? Ya. Terima kasih kepada Raja Kamil, kerana sudi menerbitkan panduan ini.

Kalau anda hendak mempelajari bagaimana beliau menghasilkan jualan tersebut, layari Panduan Buat Duit Dengan Mudah.my hari ini juga.

PS: Dalam sehari, beliau hanya terima 3 pembelian sahaja !!!

Sabtu, 9 Oktober 2010

Peace Bro, Peace... Apakah Disebalik Simbol Peace?

Salam 'Alaik, 
Letih rasanya, semangat hendak buat assignment, wireless pula kena sekat. Terpaksalah datang ke cyber cafe nie. Baiklah untuk sesi post kali ni, saya terjumpa satu artikel mengenai simbol PEACE kat laman WOI. simbol ini memang menjadi "kesukaan" orang ramai terutamanya ketika bergambar. Saya mengaku, saya dulu pun suka dengan trademark peace ini, tapi semenjak belajar di overmountain nie terlalu banyak kertas kerja dan pembentangan telah dilakukan oleh kawan-kawan berkaitan 'peace' ini.

Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden Amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika). Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib Kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri).

Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi.

Tragedi: 23 September

Salam 'Alik,
Pergh... Penatnye dengan wireless malam nie, almaklumlah mahasiswa/i kat sini sibuk dengan pra-pendaftaran ko-kurikulum. Tak sampai 30 minit kursus Projek Khidmat Masyarakat dah abis...

Khamis, 30 September 2010

How to Collect Subcriber Blog Using With Feedburner?


Mungkin ada yang masih belum menggunakan feedburner dan mungkin ada yang masih tidak tahu apa kegunaannya. Kalau pada kebiasaan, Internet Marketer (a.k.a. IM) biasanya menggunakan autoresponder untuk emel update-update terbaru mengenai produk manakala dengan blog kita menggunakan Feedburner sebagai medium untuk memberitahu kepada subcriber blog kita mengenai update terbaru di blog kita.

Disini saya akan berikan beberapa tips untuk menarik minat pembaca blog untuk subcribe:

1. Pastinya anda sendiri tidak akan lama untuk berada di blog yang tidak kemas dan berserabut. Jadi satu impression kena baik dan blog perlu nampak menarik dan mudah untuk dibaca.
2. Pastikan artikel-artikel blog anda, apabila pembaca datang, mereka merasakan blog anda mempunyai tip yang menarik untuk mereka datang lagi untuk membaca.
3. Jangan mengharapkan blog anda untuk mendapat ramai subcriber jika hanya mempunyai beberapa blogpost. Jadi perbanyakkan blogpost dahulu.
4. Pastikan ruangan subcribe anda berada ditempat yang mudah untuk dilihat. Contoh pada bahagian kanan paling atas blog anda.
5. Jika blog anda masih baru, cari rakan-rakan yang juga baru berblog dengan cara bertukar-tukar subcribe. Ini bukan apa, pembaca biasanya lebih mudah untuk subcribe blog yang mereka nampak jumlah subcriber sudah ramai. Jadi, untuk mula-mula ni suruh saja la sapa-sapa (kawan ke... mak cik ke...untuk subcribe blog anda untuk memulakan langkah pertama.
6. Jika subcriber belum cukup banyak contohnya bawah dari 50, tidak perlulah untuk anda letakkan reader counter sebab macam tidak berapa menarik sebab tak ramai pun yang melawat. Terpulang kepada anda.
7. Jika blog anda masih baru, jangan terlalu banyak dengan iklan yang perlbagai bentuk dan pelik-pelik. Sebab untuk blog baru misi utama adalah untuk mencari subcriber dan apabila subcriber semakin ramai barulah jumlah pelawat akan bertambah. Pelawat = Money....!!!
8. Memberi tawaran kepada subcriber blog anda dengan sesuatu. Sebagai contoh jika blog anda mengenai buat duit di internet anda boleh tawarkan ebook percuma mengenai website-website yang boleh menjana pendapat di internet. Tetapi untuk cara ini anda perlu emel satu persatu kerana feedburner bukanlah autoresponder.

Psstttt: Mungkin anda di luar sana ada tip lain untuk dikongsikan bersama...? 
Ahlan Wasahlan...

How to Add Tabs Al-Quran in Facebook?

Salam 'Alaik...
Kaifa Hal?

First, follow this link... Click Here!

If cannot...
1- Go to the link: Click Here!
2- On the top left, click on the link "Settings".
3- Then press the button "Allow", to allow the application to access your page.
4- Adjust the default settings you want and press "Save Settings".
5- Now, go back to your profile, press on the plus sign "+" next to your "Wall", "Info", etc. tabs.
6- Type in the textbox, "Quran Verses", and you will have a new tab titled "Quran" added to your profile.
* Now, whenever a friend visits your profile and stops by this tab, and browses, listens, reads, or even just looks, you will get thawab InsyAllah as much as your friend's.
7- Don't forget to propagate it amongst your friends to gain thawab and ajr InsyAllah!

Always remember, Quran is Allah's words to us. It's the guide to his path.. So, make it your companion in this life, learn as much as you can from it, memorize it by heart if you can, recite a part of it everyday and make it your absoulte guide.

Allah said in his Noble book: "O followers of the Book! indeed Our Apostle has come to you making clear to you much of what you concealed of the Book and passing over much; indeed, there has come to you light and a clear Book from Allah; With it Allah guides him who will follow His pleasure into the ways of safety and brings them out of utter darkness into light by His will and guides them to the right path". (Surat Al-Ma'idah, Verses: 15-16).

May Allah accept all your good deeds and enlightens your life with knowledge about His DEEN and His Quran!

Jazakumullahu Khair Jazak...

10 Pesanan Imam Asy-Syafi'e

Sebelum Imam Asy-Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat Islam seluruhnya. Berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ”Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara":

1- Hak kpd Diri: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yg ada.

2- Hak kepada Malaikat Maut: Mengqadakan kewajipan2 yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untukk mati dan merasa cinta kepada ALLAH SWT.

3- Hak kpd Kubur: Membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

4- Hak kpd Munkar dan Nakir: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5- Hak kpd Mizan (neraca timbangan amalan pada hari kiamat): Menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.

6- Hak kpd Sirat (titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): Membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

7- Hak kpd Malik (malaikat penjaga neraka): Menangis lantaran takutkan ALLAH SWT, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8- Hak kpd Ridhzuan (malaikat penjaga syurga): Merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

9- Hak kpd Nabi Muhammad SAW: Berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd as-Sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

10- Hak kpd ALLAH SWT: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

P/S: Selamat Beramal...

Ahad, 19 September 2010

Puasa Enam

Puasa enam ialah puasa selama enam hari dalam bulan Syawal. Ia boleh dikerjakan mulai hari ke dua syawal hingga akhir bulan Syawal berkenaan. Rasulullah SAW telah bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunat) enam hari dari bulan syawal ada lah seperti puasa selama setahun".
Hadis ini bertepatan dengan firman Allah SWT:
Maksudnya: “Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama denganya.” Surah Al-An’am: 160.
Ini bermakna jika seseorang itu berpuasa selama sebulan (30 hari) di bulan Ramadhan dan ditambah dengan puasa enam (6 hari) dalam bulan Syawal, ia seolah-olah telah berpuasa selama 360 hari atau satu tahun (mengikut kiraan takwim hijrah).

Puasa enam ini boleh dilakukan secara berturut-turut atau berselang hari selagi kesemuannya dikerjakan dalam bulan Syawal.

Lafaz niat puasa enam:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ شَوَّالِ سُنًّةً لِلهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa esok hari daripada bulan Syawal sunat kerana Allah Taala”.

Catatan: Orang yang menunaikan puasa kerana qada’ atau nazar (selama enam hari) dalam bulan Syawal, akan memperolehi juga pahala puasa sunat Syawal.

Rujukan: Panduan Ibadah, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.

Selasa, 14 September 2010

Busy Body atau Ambil Berat?

Salam 'Alaik, Apa khabar semua? Baik atau luar biasa baik? Aduh, rahmat Tuhan yang diberikan kepada saya sekarang ini ialah demam selsema. Baru balik dari beraya rumah kakak saya di Perak. Almaklumlah, seluruh warga kota yang pulang ke kampung untuk bercuti raya sedang berpusu-pusu keluar dari seluruh pelosok dan ceruk kampung untuk kembali bekerja. Cuaca syukur, baru sahaja lepas hujan.

Baiklah sedara, orang yang hebat dan cemerlang tidak akan ambil tahu hal yang remeh temeh apatah lagi menjaga tepi kain orang ini. Bukan apa, takut-takut apabila tersebarnya sesuatu berita tersebut rupa-rupanya hanyalah gosip semata-mata. Kata mahasiswa/i, apa cerita nie? Dok gosip sana, dok gosip sini. Kalu berita tu betul tidak mengapalah. Jika berita yang didengar tu tidak betul, macam mana? Sendiri mau jawablah, kata pandai sangat. Belajar tinggi-tinggi akal letak bawah kepala lutut (mmg thp banganglah... nada marah). Boleh tahu semua, mengalahkan "mami jarum".... jgn marah ye mami (merujuk kpd filem)....hehehe

Sabtu, 11 September 2010

3 Syawal 1431H

Salam 'Alaik,
Penat sungguh sambutan raya tahun nie, banyak lagi sebenarnya rumah yang tak sempat ziarah. Termasuklah rumah rakan-rakan taulan. hehe... Wait and See guys... Ana sibuk dalam 2, 3 ari nie... Nak habiskan masa dengan sanak saudara dulu. Almaklumlah, kadang-kadang tu setahun dua kali baru nampak batang hidung. Itu pun kalu ada hidung... Yakni raya Eidul Fitri dan Eidul Adha. Sedikit perkongsian saya disini bersama anda semua pada hari ini ialah berkenaan sambutan hari raya yang menjadi ibadah. Yela, arini baru hari raya ke-3. Selalu sampai hari raya ke-7 pun masih ada lagi bahangnya. Dulu masa belajar di K.L, sambutannya sampai sebulan. Bayangkan, tiap-tiap minggu ada open house... Yang berani saja, sebab geng kitaorang memang kuat makan...hehehe

Khamis, 9 September 2010

Salam Eidul Fitri 1431H

Salam 'Alaik...

Cepatnya masa berlalu pergi, Ramadhan merangkak pergi. Manakala Syawal pula menjelang tiba. Tidak sabar rasanya hendak tunggu sampai ke pagi esok. Almaklumlah, nak solat sunat Hari Raya kan... Tambah pula mendengar takbir di pagi raya yang mendayu-dayu dengan penuh syahdu itu... hehe. Semoga puasa kita pada tahun ini mencapai ke tahap Puasa 'Khususul Khusus'.

Ahlan Wasahlan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat juga saya menyiapkan blog yang tidak seberapa ini untuk dikongsi bersama-sama rakan seperjuangan sekalian. Rindu rasanya dihati ingin berblog. Akan tetapi, beginilah cabarannya. Masa antara cabaran yang paling utama bagi penulis. Pada kali ini penulis menyediakan blog ini bagi menggantikan blog penulis yang terdahulu yakni at-thoriq.com (a.k.a drpsiko.com). Walauapapun pengisiannya, semangat dakwah di alam maya tetap tersemat di hati penulis. Semoga segala apa yang kita usahakan hari ini akan dibalas kebaikannya pada hari kelak (akhirat)... Amin. Sekali lagi penulis ingin mengucapkan Ahlan Wasahlan...