Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Oktober 2010

Jauhi Z.I.N.A

Salam 'Alaik, Selamat Berhujung Minggu kepada semua rakan-rakan yang dihormati dan disayangi. Dikesempatan ini penulis ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita. Semoga ukhwah yang kita bina dengan kalimah Bismillah diakhiri dengan Innalillah. Sebenarnya penulis baru sahaja balik dari Kem beberapa hari lepas, kemudiannya menyertai diskusi bersama mahasiswa/i dari Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada khamis lalu. Sekarang pula dengan Program Kenali Personaliti Diri yang dianjurkan oleh Ko-Kurikulum Rakan Kaunselor bagi projek terakhir semester ini. 

Baiklah, tanpa membuang masa penulis ingin berkongsi dengan anda semua pada post kali ini berkaitan Jenayah Zina ini. Teringat semasa kem pada beberapa hari lepas, kumpulan penulis telah diberikan tugas bagi menjalakan satu aktiviti yang berbentuk forum. Jadi kami dengan sendirinya telah membentuk satu aktiviti forum tersebut dengan tajuk perbincangan "Pembuangan Bayi". Penulis selaku ahli panel yang kedua telah diajukan soalan oleh moderator mengenai persoalan Pembuangan Bayi ini. Antara persoalannya ialah bagaimana boleh berlakunya zina dan sebagainya.

Khamis, 30 September 2010

10 Pesanan Imam Asy-Syafi'e

Sebelum Imam Asy-Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat Islam seluruhnya. Berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ”Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara":

1- Hak kpd Diri: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yg ada.

2- Hak kepada Malaikat Maut: Mengqadakan kewajipan2 yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untukk mati dan merasa cinta kepada ALLAH SWT.

3- Hak kpd Kubur: Membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

4- Hak kpd Munkar dan Nakir: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5- Hak kpd Mizan (neraca timbangan amalan pada hari kiamat): Menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.

6- Hak kpd Sirat (titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): Membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

7- Hak kpd Malik (malaikat penjaga neraka): Menangis lantaran takutkan ALLAH SWT, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8- Hak kpd Ridhzuan (malaikat penjaga syurga): Merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

9- Hak kpd Nabi Muhammad SAW: Berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd as-Sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

10- Hak kpd ALLAH SWT: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

P/S: Selamat Beramal...