Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan

Selasa, 26 Oktober 2010

Salahkah Berambut Panjang? Sunnah atau Sekadar Ikutan?


LELAKI berambut panjang…! Dewasa ini sudah ramai lelaki yang berambut panjang, termasuklah penulis… hehe Malah ada sesetengah pihak mendakwa lelaki berambut panjang menampilkan imej mengagumkan, malah mempunyai nilai dan gaya tersendiri yang mudah menjadi perhatian umum.

Dari sudut adat pula, golongan yang berambut panjang selalunya dipandang sinis, sering dianggap tidak berdisiplin dan banyak kes dikaitkan dengan tabiat kurang baik, walaupun bukan semua mereka begitu. Jangan ingat semua orang yang berambut panjang itu jahat dan tidak berdisiplin. Hal ini berbeza dengan imej berambut pendek, yang kelihatan kemas, bersih dan berdisiplin (atau kadang-kadang dilihat seperti skema ataupun mat bunga), walaupun sesetengahnya tidaklah sedemikian, bahkan mereka yang berambut pendek kadangkala berperangai lebih teruk (betul ke?, tiada unsur bersikap liberal disini).

Tetapi salahkah lelaki Islam merangkap mahasiswa Islam menyimpan rambut dan membiarkannya panjang? Tidakkah Nabi Muhammad S.A.W. yang menjadi ikutan umat Islam juga mempunyai rambut panjang dan bukankah ia suatu sunnah, mengikuti jejak langkah kehidupan baginda?. Bahkan ramai remaja dewasa ini yang berambut panjang, khususnya di kalangan mahasiswa Islam itu sendiri.

Kalau di bangku sekolah dahulu setiap minggu diadakan spot-check rambut, takkan di kerusi (kerusi sebabnya tidak banyak bangku disini) universiti pun perlu seperti di sekolah dahulu (macam janggal je…). Memanglah dari segi adatnya seseorang itu sewajarnya mengikut pertimbangan adat umum satu-satu masyarakat.

Bukan hajat penulis disini ingin ajak kepada berhujah, akan tetapi hati terasa agak bahang dengan teguran oleh seorang staff beberapa hari yang lalu.

“De… Dalam banyak-banyak budak apsal aku jugak yang ko nampak? Takkan sebab gua budak pengajian Islam je… Budak len lagi panjang dari rambut gua, budak perempuan bertudung jarang dan singkat malah konsert di sana-sini tidak pula dipandang berat. Malah dipandang dengan sebelah mata. Inikah yang dikatakan Universiti Islam?... Tepuk Tanya la Perut kalu dah akal tidak boleh berfikir lagi…”. Iqra’…

Jumaat, 22 Oktober 2010

Jauhi Z.I.N.A

Salam 'Alaik, Selamat Berhujung Minggu kepada semua rakan-rakan yang dihormati dan disayangi. Dikesempatan ini penulis ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita. Semoga ukhwah yang kita bina dengan kalimah Bismillah diakhiri dengan Innalillah. Sebenarnya penulis baru sahaja balik dari Kem beberapa hari lepas, kemudiannya menyertai diskusi bersama mahasiswa/i dari Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada khamis lalu. Sekarang pula dengan Program Kenali Personaliti Diri yang dianjurkan oleh Ko-Kurikulum Rakan Kaunselor bagi projek terakhir semester ini. 

Baiklah, tanpa membuang masa penulis ingin berkongsi dengan anda semua pada post kali ini berkaitan Jenayah Zina ini. Teringat semasa kem pada beberapa hari lepas, kumpulan penulis telah diberikan tugas bagi menjalakan satu aktiviti yang berbentuk forum. Jadi kami dengan sendirinya telah membentuk satu aktiviti forum tersebut dengan tajuk perbincangan "Pembuangan Bayi". Penulis selaku ahli panel yang kedua telah diajukan soalan oleh moderator mengenai persoalan Pembuangan Bayi ini. Antara persoalannya ialah bagaimana boleh berlakunya zina dan sebagainya.

Sabtu, 9 Oktober 2010

Peace Bro, Peace... Apakah Disebalik Simbol Peace?

Salam 'Alaik, 
Letih rasanya, semangat hendak buat assignment, wireless pula kena sekat. Terpaksalah datang ke cyber cafe nie. Baiklah untuk sesi post kali ni, saya terjumpa satu artikel mengenai simbol PEACE kat laman WOI. simbol ini memang menjadi "kesukaan" orang ramai terutamanya ketika bergambar. Saya mengaku, saya dulu pun suka dengan trademark peace ini, tapi semenjak belajar di overmountain nie terlalu banyak kertas kerja dan pembentangan telah dilakukan oleh kawan-kawan berkaitan 'peace' ini.

Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden Amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika). Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib Kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri).

Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi.

Ahad, 19 September 2010

Puasa Enam

Puasa enam ialah puasa selama enam hari dalam bulan Syawal. Ia boleh dikerjakan mulai hari ke dua syawal hingga akhir bulan Syawal berkenaan. Rasulullah SAW telah bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunat) enam hari dari bulan syawal ada lah seperti puasa selama setahun".
Hadis ini bertepatan dengan firman Allah SWT:
Maksudnya: “Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama denganya.” Surah Al-An’am: 160.
Ini bermakna jika seseorang itu berpuasa selama sebulan (30 hari) di bulan Ramadhan dan ditambah dengan puasa enam (6 hari) dalam bulan Syawal, ia seolah-olah telah berpuasa selama 360 hari atau satu tahun (mengikut kiraan takwim hijrah).

Puasa enam ini boleh dilakukan secara berturut-turut atau berselang hari selagi kesemuannya dikerjakan dalam bulan Syawal.

Lafaz niat puasa enam:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ شَوَّالِ سُنًّةً لِلهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa esok hari daripada bulan Syawal sunat kerana Allah Taala”.

Catatan: Orang yang menunaikan puasa kerana qada’ atau nazar (selama enam hari) dalam bulan Syawal, akan memperolehi juga pahala puasa sunat Syawal.

Rujukan: Panduan Ibadah, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.

Sabtu, 11 September 2010

3 Syawal 1431H

Salam 'Alaik,
Penat sungguh sambutan raya tahun nie, banyak lagi sebenarnya rumah yang tak sempat ziarah. Termasuklah rumah rakan-rakan taulan. hehe... Wait and See guys... Ana sibuk dalam 2, 3 ari nie... Nak habiskan masa dengan sanak saudara dulu. Almaklumlah, kadang-kadang tu setahun dua kali baru nampak batang hidung. Itu pun kalu ada hidung... Yakni raya Eidul Fitri dan Eidul Adha. Sedikit perkongsian saya disini bersama anda semua pada hari ini ialah berkenaan sambutan hari raya yang menjadi ibadah. Yela, arini baru hari raya ke-3. Selalu sampai hari raya ke-7 pun masih ada lagi bahangnya. Dulu masa belajar di K.L, sambutannya sampai sebulan. Bayangkan, tiap-tiap minggu ada open house... Yang berani saja, sebab geng kitaorang memang kuat makan...hehehe

Khamis, 9 September 2010

Salam Eidul Fitri 1431H

Salam 'Alaik...

Cepatnya masa berlalu pergi, Ramadhan merangkak pergi. Manakala Syawal pula menjelang tiba. Tidak sabar rasanya hendak tunggu sampai ke pagi esok. Almaklumlah, nak solat sunat Hari Raya kan... Tambah pula mendengar takbir di pagi raya yang mendayu-dayu dengan penuh syahdu itu... hehe. Semoga puasa kita pada tahun ini mencapai ke tahap Puasa 'Khususul Khusus'.