Memaparkan catatan dengan label Diari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diari. Papar semua catatan

Selasa, 26 Oktober 2010

Salahkah Berambut Panjang? Sunnah atau Sekadar Ikutan?


LELAKI berambut panjang…! Dewasa ini sudah ramai lelaki yang berambut panjang, termasuklah penulis… hehe Malah ada sesetengah pihak mendakwa lelaki berambut panjang menampilkan imej mengagumkan, malah mempunyai nilai dan gaya tersendiri yang mudah menjadi perhatian umum.

Dari sudut adat pula, golongan yang berambut panjang selalunya dipandang sinis, sering dianggap tidak berdisiplin dan banyak kes dikaitkan dengan tabiat kurang baik, walaupun bukan semua mereka begitu. Jangan ingat semua orang yang berambut panjang itu jahat dan tidak berdisiplin. Hal ini berbeza dengan imej berambut pendek, yang kelihatan kemas, bersih dan berdisiplin (atau kadang-kadang dilihat seperti skema ataupun mat bunga), walaupun sesetengahnya tidaklah sedemikian, bahkan mereka yang berambut pendek kadangkala berperangai lebih teruk (betul ke?, tiada unsur bersikap liberal disini).

Tetapi salahkah lelaki Islam merangkap mahasiswa Islam menyimpan rambut dan membiarkannya panjang? Tidakkah Nabi Muhammad S.A.W. yang menjadi ikutan umat Islam juga mempunyai rambut panjang dan bukankah ia suatu sunnah, mengikuti jejak langkah kehidupan baginda?. Bahkan ramai remaja dewasa ini yang berambut panjang, khususnya di kalangan mahasiswa Islam itu sendiri.

Kalau di bangku sekolah dahulu setiap minggu diadakan spot-check rambut, takkan di kerusi (kerusi sebabnya tidak banyak bangku disini) universiti pun perlu seperti di sekolah dahulu (macam janggal je…). Memanglah dari segi adatnya seseorang itu sewajarnya mengikut pertimbangan adat umum satu-satu masyarakat.

Bukan hajat penulis disini ingin ajak kepada berhujah, akan tetapi hati terasa agak bahang dengan teguran oleh seorang staff beberapa hari yang lalu.

“De… Dalam banyak-banyak budak apsal aku jugak yang ko nampak? Takkan sebab gua budak pengajian Islam je… Budak len lagi panjang dari rambut gua, budak perempuan bertudung jarang dan singkat malah konsert di sana-sini tidak pula dipandang berat. Malah dipandang dengan sebelah mata. Inikah yang dikatakan Universiti Islam?... Tepuk Tanya la Perut kalu dah akal tidak boleh berfikir lagi…”. Iqra’…

Jumaat, 22 Oktober 2010

Jauhi Z.I.N.A

Salam 'Alaik, Selamat Berhujung Minggu kepada semua rakan-rakan yang dihormati dan disayangi. Dikesempatan ini penulis ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita. Semoga ukhwah yang kita bina dengan kalimah Bismillah diakhiri dengan Innalillah. Sebenarnya penulis baru sahaja balik dari Kem beberapa hari lepas, kemudiannya menyertai diskusi bersama mahasiswa/i dari Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada khamis lalu. Sekarang pula dengan Program Kenali Personaliti Diri yang dianjurkan oleh Ko-Kurikulum Rakan Kaunselor bagi projek terakhir semester ini. 

Baiklah, tanpa membuang masa penulis ingin berkongsi dengan anda semua pada post kali ini berkaitan Jenayah Zina ini. Teringat semasa kem pada beberapa hari lepas, kumpulan penulis telah diberikan tugas bagi menjalakan satu aktiviti yang berbentuk forum. Jadi kami dengan sendirinya telah membentuk satu aktiviti forum tersebut dengan tajuk perbincangan "Pembuangan Bayi". Penulis selaku ahli panel yang kedua telah diajukan soalan oleh moderator mengenai persoalan Pembuangan Bayi ini. Antara persoalannya ialah bagaimana boleh berlakunya zina dan sebagainya.

Sabtu, 16 Oktober 2010

Surat Khabar Lama...! Old News Paper...! Pia Per Lia Me...!

Biasa dengar tak, van jerit-jerit macam tu kat kediaman anda?

Ye, saya biasa dengar. Masa kecil-kecil dulu, selalu juga lah jual surat khabar lama. Dapatlah beli Tamiya (lopek punya). Selain van surat khabar lama, ada juga van beli barang-barang terpakai.

Jual barang-barang terpakai ni, lagi menguntungkan. Macam-macam dia ambil. Dari basikal buruk, hingga ke kereta buruk.

Tapi tu dulu lah, sebelum saya dengar Panduan Buat Duit Dengan Mudah.my oleh saudara Raja Kamil (www.rajakamil.biz).

Sekarang ni, semua barang terpakai (baca: tak pakai), saya jual dekat mudah.my

Lagi menguntungkan. Bayangkan, sebuah motor yang hanya dibayar RM50 sahaja, jika dijual di kedai besi buruk, saudara Raja Kamil dapat jualnya pada RM13,000 (baca: banyaknya).

Mungkin tak besar jika itulah pendapatan yang anda boleh capai dalam sebulan, tetapi bagaimana pula jika RM13,000 itu diperolehi dalam 2 hari sahaja? Ya. Terima kasih kepada Raja Kamil, kerana sudi menerbitkan panduan ini.

Kalau anda hendak mempelajari bagaimana beliau menghasilkan jualan tersebut, layari Panduan Buat Duit Dengan Mudah.my hari ini juga.

PS: Dalam sehari, beliau hanya terima 3 pembelian sahaja !!!

Selasa, 14 September 2010

Busy Body atau Ambil Berat?

Salam 'Alaik, Apa khabar semua? Baik atau luar biasa baik? Aduh, rahmat Tuhan yang diberikan kepada saya sekarang ini ialah demam selsema. Baru balik dari beraya rumah kakak saya di Perak. Almaklumlah, seluruh warga kota yang pulang ke kampung untuk bercuti raya sedang berpusu-pusu keluar dari seluruh pelosok dan ceruk kampung untuk kembali bekerja. Cuaca syukur, baru sahaja lepas hujan.

Baiklah sedara, orang yang hebat dan cemerlang tidak akan ambil tahu hal yang remeh temeh apatah lagi menjaga tepi kain orang ini. Bukan apa, takut-takut apabila tersebarnya sesuatu berita tersebut rupa-rupanya hanyalah gosip semata-mata. Kata mahasiswa/i, apa cerita nie? Dok gosip sana, dok gosip sini. Kalu berita tu betul tidak mengapalah. Jika berita yang didengar tu tidak betul, macam mana? Sendiri mau jawablah, kata pandai sangat. Belajar tinggi-tinggi akal letak bawah kepala lutut (mmg thp banganglah... nada marah). Boleh tahu semua, mengalahkan "mami jarum".... jgn marah ye mami (merujuk kpd filem)....hehehe