LELAKI berambut panjang…! Dewasa ini sudah ramai lelaki yang berambut panjang, termasuklah penulis… hehe Malah ada sesetengah pihak mendakwa lelaki berambut panjang menampilkan imej mengagumkan, malah mempunyai nilai dan gaya tersendiri yang mudah menjadi perhatian umum.
Dari sudut adat pula, golongan yang berambut panjang selalunya dipandang sinis, sering dianggap tidak berdisiplin dan banyak kes dikaitkan dengan tabiat kurang baik, walaupun bukan semua mereka begitu. Jangan ingat semua orang yang berambut panjang itu jahat dan tidak berdisiplin. Hal ini berbeza dengan imej berambut pendek, yang kelihatan kemas, bersih dan berdisiplin (atau kadang-kadang dilihat seperti skema
Tetapi salahkah lelaki Islam merangkap mahasiswa Islam menyimpan rambut dan membiarkannya panjang? Tidakkah Nabi Muhammad S.A.W. yang menjadi ikutan umat Islam juga mempunyai rambut panjang dan bukankah ia suatu sunnah, mengikuti jejak langkah kehidupan baginda?. Bahkan ramai remaja dewasa ini yang berambut panjang, khususnya di kalangan mahasiswa Islam itu sendiri.
Kalau di bangku sekolah dahulu setiap minggu diadakan spot-check rambut, takkan di kerusi (kerusi sebabnya tidak banyak bangku disini) universiti pun perlu seperti di sekolah dahulu (macam janggal je…). Memanglah dari segi adatnya seseorang itu sewajarnya mengikut pertimbangan adat umum satu-satu masyarakat.
Bukan hajat penulis disini ingin ajak kepada berhujah, akan tetapi hati terasa agak bahang dengan teguran oleh seorang staff beberapa hari yang lalu.
“De… Dalam banyak-banyak budak apsal aku jugak yang ko nampak? Takkan sebab gua budak pengajian Islam je… Budak len lagi panjang dari rambut gua, budak perempuan bertudung jarang dan singkat malah konsert di sana-sini tidak pula dipandang berat. Malah dipandang dengan sebelah mata. Inikah yang dikatakan Universiti Islam?... Tepuk Tanya la Perut kalu dah akal tidak boleh berfikir lagi…”. Iqra’…
