Sabtu, 23 Oktober 2010

Apakah Netbook?

Assalamu'alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera semua sekali. Baiklah untuk entry petang nie, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Netbook. Tahukah anda apakah itu Netbook? Yang pastinya ia bukan coklat, gula-gula atau biskut mahupun air kotak... Akan tetapi Netbook ialah... Err... Apa eh? Kenalah baca sampai habis entry nie dulu k... Oklah, fokus dan fokus...

Kebanyakan mereka yang selalu mengikuti perkembangan komputer mungkin tidak asing lagi dengan perkataan "Netbook". Apakah sebenarnya Netbook? Secara  fizikalnya Netbook boleh dilihat berlainan jika dibandingkan dengan laptop biasa dengan ketiadaan CD/DVD drive serta kecil, ringan. dan mudah dibawa kemana-mana. Tahap kecil Netbook adalah bersaiz B5 (Kertas A4 dibahagi 2), iaitu mempunyai skrin 9, 10 ataupun 11 inci dan dalam lingkungan 1kg sahaja. Pada masa penulisan ini, Oktober 2009, ianya berharga dalam lingkungan RM1,000 hingga RM1,500. Ia adalah satu nilai yang tidak mahal jika dibandingkan dengan laptop. Tapi sekarang ini, mungkin harganya jauh lebih murah dari pasaran dahulu.


Netbook adalah berasal dari konsep "Network Computing" yang bertujuan menggunakan komputer sambil menjalinkan komunikasi yang boleh dicapai melalui internet. Dari konsep ini lahirlah Netbook yang mempunyai objektif utama penggunaan untuk berinternet dan email. Tidak dinafikan ianya boleh juga digunakan untuk mendengar muzik dan melihat video. Walaubagaimanapun perlu diingatkan ianya tidak dapat berfungsi dengan lancar sekiranya menggunakan aplikasi yang memerlukan kapasiti processor yang tinggi ataupun RAM yang besar. Netbook yang paling baguspun hanya boleh mempunyai 1.6Ghz Processor dan 1GB RAM. Kapasiti ini amatlah sesuai untuk penggunaan internet, email serta menulis melalui word processor (Microsoft Word atau OpenOffice). Maksudnya ia tidak seperti laptop atau PC yang jauh lebih besar kapisitinya.

Kecilnya komputer ini memudahkan lagi ianya dibawa ke mana-mana dengan bateri yang boleh bertahan dari 4 jam sehingga 11 jam (bergantung kepada jenis bateri dan penggunaan). Asus Eee PC adalah merupakan Netbook pertama yang diperkenalkan dipasaran pada September 2007. Sekarang terdapat banyak jenama Netbook dipasaran dan boleh didapati dengan spesifikasi yang menarik. Boleh diperolehi dengan operating system WindowsXP ataupun Linux (dan yang terbaru Window7 & Window8). Antaranya jenama dari Acer, HP dan lain-lain lagi.

Sekiranya anda mempunyai kriteria dibawah untuk memiliki komputer anda yang seterusnya, Netbook adalah disyorkan.

- Telah ada komputer desktop atau laptop sebagai komputer utama
- Bajet sehingga RM1,500
- Selalu membuat kerja penulisan, berinternet dan email
- Perlu komputer untuk dibawa ke mana-mana

Dari penulisan di atas, spesifikasi pelbagai model Netbook adalah dalam linkungan berikut:
CPU : Intel Atom Processor 1.3 Ghz - 1.6 Ghz
RAM : 1 GB
HDD : sehingga 160 GB (kebiasaan)/SSD, Solid-State Drive : sehingga 8 GB (seperti Thumbdrive yang menggunakan chip sebagai tempat simpanan). Terbaru HDD sehingga 250GB setanding laptop keluaran dahulu.
Skrin : sehingga 9 ke 11 inchi
Keupayaan bateri : 4 ke 11 jam (Kebiasaan 5 ke 6 jam)
Berat : 1 kg
Saiz : Dari B5 (Kertas A4 bahagi 2)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan