Selasa, 14 September 2010

Busy Body atau Ambil Berat?

Salam 'Alaik, Apa khabar semua? Baik atau luar biasa baik? Aduh, rahmat Tuhan yang diberikan kepada saya sekarang ini ialah demam selsema. Baru balik dari beraya rumah kakak saya di Perak. Almaklumlah, seluruh warga kota yang pulang ke kampung untuk bercuti raya sedang berpusu-pusu keluar dari seluruh pelosok dan ceruk kampung untuk kembali bekerja. Cuaca syukur, baru sahaja lepas hujan.

Baiklah sedara, orang yang hebat dan cemerlang tidak akan ambil tahu hal yang remeh temeh apatah lagi menjaga tepi kain orang ini. Bukan apa, takut-takut apabila tersebarnya sesuatu berita tersebut rupa-rupanya hanyalah gosip semata-mata. Kata mahasiswa/i, apa cerita nie? Dok gosip sana, dok gosip sini. Kalu berita tu betul tidak mengapalah. Jika berita yang didengar tu tidak betul, macam mana? Sendiri mau jawablah, kata pandai sangat. Belajar tinggi-tinggi akal letak bawah kepala lutut (mmg thp banganglah... nada marah). Boleh tahu semua, mengalahkan "mami jarum".... jgn marah ye mami (merujuk kpd filem)....hehehe

Cukuplah, sudahlah dengan apa yang buat ini adalah salah. Menghukum orang tanpa usul periksa. Apa nie, macam mana nak jadi hakim yang adil? Macam mana nak jadi pemimpin? Jawablah... ini baru dengar dari satu mulut. Nanti da jadi pemimpin, banyak lagi mulut yang kita kena dengar, mana satu yang betul. Kan lagi susah tu...

Tidak salah jika kita sekadar "menyibuk" atau dalam bahasa ibunda saya ialah "Busy Body" atas tujuan ingin mengambil berat terhadap kawan kita. Janganlah sampai menjatuh kan ia... Samada maruah, air muka dan sebagainya. Berhati-hati juga dengan berita yang kita terima agar ia terhindar dari fitnah. Takut-takut kita pun terlibat sama. Firman Allah SWT:

Maksudnya: Dan ingatlah bahawa angkara fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. Surah al-Baqarah: 191.

Tak pasal-pasal dosa besar masuk neraka, marilah kita sama-sama muhasabah diri kita. Walaupun diluar sana masih ramai yang sukar untuk meninggalkannya. Lidah diberikan Tuhan untuk berzikir dan menyampaikan berita-berita baik dan bukannya untuk menyampaikan berita-berita yang berunsurkan fitnah. Daripada dalil diatas jelas menunjukkan bahawa fitnah itu adalah suatu perkara yang sangat dilarang dan perlu dijauhi. Oleh yang demikian, kita hendaklah memelihara diri dan keluarga kita dari perbuatan menabur fitnah. Maka apabila disampaikan kepada kita suatu berita yang memburuk-burukkan orang lain, maka kita hendaklah memelihara diri kita daripada mendengarnya dan menghebah-hebahkannya kepada orang lain.

Begitu juga telah disebut oleh Allah SWT di dalam Surah al-Hujuraat yang banyak menerang hal berkaitan menyampaikan berita dan mengintip-mengintip ini. Maka seharusnya dengan ini kita mestilah menjauhkan dari perkara-perkara begini kerana ia bakal mendatangkan kepada kita beberapa akibat. Sekian, Wallahu'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan