Sabtu, 11 September 2010

3 Syawal 1431H

Salam 'Alaik,
Penat sungguh sambutan raya tahun nie, banyak lagi sebenarnya rumah yang tak sempat ziarah. Termasuklah rumah rakan-rakan taulan. hehe... Wait and See guys... Ana sibuk dalam 2, 3 ari nie... Nak habiskan masa dengan sanak saudara dulu. Almaklumlah, kadang-kadang tu setahun dua kali baru nampak batang hidung. Itu pun kalu ada hidung... Yakni raya Eidul Fitri dan Eidul Adha. Sedikit perkongsian saya disini bersama anda semua pada hari ini ialah berkenaan sambutan hari raya yang menjadi ibadah. Yela, arini baru hari raya ke-3. Selalu sampai hari raya ke-7 pun masih ada lagi bahangnya. Dulu masa belajar di K.L, sambutannya sampai sebulan. Bayangkan, tiap-tiap minggu ada open house... Yang berani saja, sebab geng kitaorang memang kuat makan...hehehe



Sebenarnya, Allah SWT bukan sahaja menganugerahkan ketibaan Syawal sebagai hari untuk bergembira semata-mata setelah berjaya menyempurnakan ibadah puasa. Bahkan, Allah SWT juga menunjukkan cara yang betul untuk bergembira dan melahirkan kesyukuran, sebagaimana diperlihatkan melalui amalan Rasulullah SAW dan para Sahabat. Dengan mengikut lunas-lunas yang diredhai Allah SWT. Dalam erti kata lain, sambutan hari raya itu sendiri merupakan satu ibadah dan mendatangkan pahala.

Cara kita bergembira pada hari raya ialah dengan melakukan amalan yang memperbanyakkan mengingati Allah SWT dan mengeratkan silaturrahim memberikan kegembiraan, keceriaan dan hati yang tenang.

Oleh yang demikian, bagi memperolehi ganjaran pahala daripada sambutan hari raya disamping mendapatkan rasa yang tenang, gembira dan ceria dalam berhari raya, maka ia haruslah diisi dengan:

  • Memperbanyakkan puji-pujian kepada Allah SWT dan membesarkan-Nya samada bertahmid, takbir dan zikir-zikir lain.
  • Melakukan solat sunat hari raya beramai-ramai yakni berjemaah.
  • Ziarah-menziarahi dengan syarat terhindar dari pergaulan bebas yang melanggar syarak, pendedahan aurat dan sebagainya.
  • Saling memberi salam antara satu sama lain.
  • Saling bermaafan antara satu sama lain dengan tidak melakukan perkara yang dilarang oleh syarak (cth: bersalaman diantara bukan muhrim).
  • Jamu-menjamu asalkan tidak berlebihan ataupun sampai berlakunya pembaziran dan melibatkan makanan yang haram.
  • Saling memberi hadiah dan sedekah.
Begitulah sebenarnya antara amalan-amalan yang kita praktikan di bulan syawal nie sempena menyambut hari raya. Dimana kita boleh mencuri peluang bagi mendapatkan pahala agar apa yang kita lakukan tidak menjadi sia-sia dan berlalu begitu sahaja. Wallahu'alam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan