Khamis, 30 September 2010

10 Pesanan Imam Asy-Syafi'e

Sebelum Imam Asy-Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat Islam seluruhnya. Berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ”Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara":

1- Hak kpd Diri: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yg ada.

2- Hak kepada Malaikat Maut: Mengqadakan kewajipan2 yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untukk mati dan merasa cinta kepada ALLAH SWT.

3- Hak kpd Kubur: Membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

4- Hak kpd Munkar dan Nakir: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5- Hak kpd Mizan (neraca timbangan amalan pada hari kiamat): Menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.

6- Hak kpd Sirat (titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): Membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

7- Hak kpd Malik (malaikat penjaga neraka): Menangis lantaran takutkan ALLAH SWT, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8- Hak kpd Ridhzuan (malaikat penjaga syurga): Merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

9- Hak kpd Nabi Muhammad SAW: Berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd as-Sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

10- Hak kpd ALLAH SWT: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

P/S: Selamat Beramal...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan