Khamis, 30 September 2010

How to Collect Subcriber Blog Using With Feedburner?


Mungkin ada yang masih belum menggunakan feedburner dan mungkin ada yang masih tidak tahu apa kegunaannya. Kalau pada kebiasaan, Internet Marketer (a.k.a. IM) biasanya menggunakan autoresponder untuk emel update-update terbaru mengenai produk manakala dengan blog kita menggunakan Feedburner sebagai medium untuk memberitahu kepada subcriber blog kita mengenai update terbaru di blog kita.

Disini saya akan berikan beberapa tips untuk menarik minat pembaca blog untuk subcribe:

1. Pastinya anda sendiri tidak akan lama untuk berada di blog yang tidak kemas dan berserabut. Jadi satu impression kena baik dan blog perlu nampak menarik dan mudah untuk dibaca.
2. Pastikan artikel-artikel blog anda, apabila pembaca datang, mereka merasakan blog anda mempunyai tip yang menarik untuk mereka datang lagi untuk membaca.
3. Jangan mengharapkan blog anda untuk mendapat ramai subcriber jika hanya mempunyai beberapa blogpost. Jadi perbanyakkan blogpost dahulu.
4. Pastikan ruangan subcribe anda berada ditempat yang mudah untuk dilihat. Contoh pada bahagian kanan paling atas blog anda.
5. Jika blog anda masih baru, cari rakan-rakan yang juga baru berblog dengan cara bertukar-tukar subcribe. Ini bukan apa, pembaca biasanya lebih mudah untuk subcribe blog yang mereka nampak jumlah subcriber sudah ramai. Jadi, untuk mula-mula ni suruh saja la sapa-sapa (kawan ke... mak cik ke...untuk subcribe blog anda untuk memulakan langkah pertama.
6. Jika subcriber belum cukup banyak contohnya bawah dari 50, tidak perlulah untuk anda letakkan reader counter sebab macam tidak berapa menarik sebab tak ramai pun yang melawat. Terpulang kepada anda.
7. Jika blog anda masih baru, jangan terlalu banyak dengan iklan yang perlbagai bentuk dan pelik-pelik. Sebab untuk blog baru misi utama adalah untuk mencari subcriber dan apabila subcriber semakin ramai barulah jumlah pelawat akan bertambah. Pelawat = Money....!!!
8. Memberi tawaran kepada subcriber blog anda dengan sesuatu. Sebagai contoh jika blog anda mengenai buat duit di internet anda boleh tawarkan ebook percuma mengenai website-website yang boleh menjana pendapat di internet. Tetapi untuk cara ini anda perlu emel satu persatu kerana feedburner bukanlah autoresponder.

Psstttt: Mungkin anda di luar sana ada tip lain untuk dikongsikan bersama...? 
Ahlan Wasahlan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan