Ahad, 19 September 2010

Puasa Enam

Puasa enam ialah puasa selama enam hari dalam bulan Syawal. Ia boleh dikerjakan mulai hari ke dua syawal hingga akhir bulan Syawal berkenaan. Rasulullah SAW telah bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunat) enam hari dari bulan syawal ada lah seperti puasa selama setahun".
Hadis ini bertepatan dengan firman Allah SWT:
Maksudnya: “Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama denganya.” Surah Al-An’am: 160.
Ini bermakna jika seseorang itu berpuasa selama sebulan (30 hari) di bulan Ramadhan dan ditambah dengan puasa enam (6 hari) dalam bulan Syawal, ia seolah-olah telah berpuasa selama 360 hari atau satu tahun (mengikut kiraan takwim hijrah).

Puasa enam ini boleh dilakukan secara berturut-turut atau berselang hari selagi kesemuannya dikerjakan dalam bulan Syawal.

Lafaz niat puasa enam:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ شَوَّالِ سُنًّةً لِلهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa esok hari daripada bulan Syawal sunat kerana Allah Taala”.

Catatan: Orang yang menunaikan puasa kerana qada’ atau nazar (selama enam hari) dalam bulan Syawal, akan memperolehi juga pahala puasa sunat Syawal.

Rujukan: Panduan Ibadah, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.

2 ulasan: